Content

23 June 2012

Perentap Bahagia

Aaduhhhhhhhhhh!!!!!!!!! Pinggangku ditikam. Perit benar rasanya. Ibarat berkhatan telah kehabisan biusnya.

"Celaka punya lipan! Kat sini juga kamu hendak melintas ya?!!" Aku marah sambil menghunus senjata di tangan dengan harapan memutuskan nyawa lipan itu. Tetapi, di tangan aku tika itu nyata bukanlah senjata yang dapat memutuskan nyawa binatang berkenaan, kerana ia hanyalah pemotong kuku yang 3 kali ganda lebih kecil berbanding saiz lipan.



Perit di tubuh makin menggila. Binatang yang dicari sudah hilang entah ke mana. Hujan di luar sudah teduh, tetapi suhunya masih menggigit tulang. Dalam keperitan, teringat pesanan ibuku,

"Kalau terkena bisa binatang, lekas minum air. Kalau tak makin berbisa nanti"

Lantas, aku capai secawan air moga bisa itu tidak bertambah lagi.... Aku lihat kamar rakanku sudah gelap, tetapi jam di dinding baru menjengah angka 11.

"Awal lagi...."

Mood untuk menyambung kenangan bersama Wanie 8 tahun lalu aku tangguhkan. Aku hidupkan jentera kudaku, membelah keheningan malam berhenti di Medan Selera, menyuap tangki hidupku.

"Ayam hempuk 1, nasi tambah ye..."

4 comments:

Anonymous
at: 3 September 2012 15:22 said...

this is wanie..

coincidentally nama sama seperti ceritera..kenapa ditangguhkan..sambungla..

padin says:
at: 9 September 2012 21:26 said...

oh ye ke? kebetulan je nama sama..
hehee tengah mencari idea untuk sambung semula

dinie muhaimin says:
at: 22 October 2012 09:39 said...

baru perasan hang ada blog lain.

padin says:
at: 3 November 2012 17:30 said...

hahaha blog untuk mencuba template je awalnya, pastu jadik blog cerpen plak kui3

Labels

About Us

Cereka Pendek mengisahkan cerita rekaan pendek la. Kalau panjang, bukan panggil pendek dah, ekekee... Kena baca entri sebelumnya baru la paham apa rangka isi Cereka Pendek ini... Sekian, hahahh

Something

Blog ini rekaan semata - mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada, ia secara kebetulan sahaja