Content

4 comments

Perentap Bahagia

Aaduhhhhhhhhhh!!!!!!!!! Pinggangku ditikam. Perit benar rasanya. Ibarat berkhatan telah kehabisan biusnya.

"Celaka punya lipan! Kat sini juga kamu hendak melintas ya?!!" Aku marah sambil menghunus senjata di tangan dengan harapan memutuskan nyawa lipan itu. Tetapi, di tangan aku tika itu nyata bukanlah senjata yang dapat memutuskan nyawa binatang berkenaan, kerana ia hanyalah pemotong kuku yang 3 kali ganda lebih kecil berbanding saiz lipan.



Perit di tubuh makin menggila. Binatang yang dicari sudah hilang entah ke mana. Hujan di luar sudah teduh, tetapi suhunya masih menggigit tulang. Dalam keperitan, teringat pesanan ibuku,

"Kalau terkena bisa binatang, lekas minum air. Kalau tak makin berbisa nanti"

Lantas, aku capai secawan air moga bisa itu tidak bertambah lagi.... Aku lihat kamar rakanku sudah gelap, tetapi jam di dinding baru menjengah angka 11.

"Awal lagi...."

Mood untuk menyambung kenangan bersama Wanie 8 tahun lalu aku tangguhkan. Aku hidupkan jentera kudaku, membelah keheningan malam berhenti di Medan Selera, menyuap tangki hidupku.

"Ayam hempuk 1, nasi tambah ye..."
Read more »
6 comments

Langkah Kanan

Gegaran telefon menggeletek peha. Manusia mana yang membikin onar di saat mata melayan lena. 1 pesanan di terima, dan tika aku membacanya, gelora jiwa ini bercampur samada mahu tersenyum atau mencebik muka.


"Haipp.. Awat tidoq pulak. Bangun. Belajaq!.."


Ada mata memerhatikan gerak tingkahku. Barangkali, ada hati yang merenungku. Bingkas, aku bangun membetulkan postur diri, dan sempat aku menjeling ke arah Wanie di hujung sana. Nyata, lirik senyumnya seolah berkata - kata.


Pertemuan kilat yang dirancang akhirnya berhasil. Petang itu, aku melusuri kolej bersama Wanie, tetapi bertemankan Wardah dan Nasir. Tentangan mata kali pertama membisukan kami, dan aku nyata gugup dalam situasi.


"Nasir ni siapa? Nampak macam rapat,macam dah kenal lama.." Wanie memecah hening.


"Ouh, Nasir ni sepupu saya...Kebetulan kami sama kelas.." Jawabku ringkas.


Langit mula kelam. Masa menginjak dewasa. Burung di langit berterbangan pulang ke sarang. Pertemuan ini harus di tangguhkan dan melihat ia menghampiri penghujung, aku bertanya,


"Wanie, boleh kita jumpa lagi?".....
Read more »
2 comments

Pertemuan Kilat

Setelah berhari - hari diri ini di hujani pelbagai rasa, akhirnya ku redah ego untuk mencuba sesuatu yang baru. Merungkai segala teka - teki yang kian lama merunsingkan aku.

Panggilan telefon aku ada tindakbalas. Wanie bercakap seolah tiada apa yang berlaku. Menghela nafas lega, lantas aku memberanikan diri untuk bercakap mengenai perkara lain. Mungkin apa yang di kata Nasir tempoh hari ada betulnya. I can do it!!

"Wanie, boleh kita jumpa petang ni?" cadang aku.

"Nak buat apa?" tindakbalas spontan yang tidak memerlukan daya pemikiran.

Aku kaku. Langkah aku silap. Terlalu awal untuk bersemuka tambahan pula hal yang hampir memalukan itu belum cukup lama untuk di lupa. Aku membatalkan niat untuk berjumpa dengannya petang itu.

Kuliah Fizik terasa lama bersiaran. Maklum saja kelas yang paling tidak di gemari, terasa lambat jam untuk berputar. Mata mula memberi isyarat, badan mula memberat. Aku satukan kerusi demi kerusi - menjadi sebuah pelantar lagaknya. Aku rebahkan badan perlahan lahan....

Tiba - tiba..
Read more »
2 comments

Redah Ego

Mendengar suara pertamanya, aku tergamam. 3 perkataan yang di luahkan amat besar maknanya ketika itu. Dan seperti yang di janjikan, Wanie menghantar khidmat pesanan ringkas kepada aku sebaik kelas tamat.


"Kenapa tak datang kuliah?"


Tatkala aku membaca pesanan ini, tidak tahu samada mahu tergelak, atau berasa gusar. Adakah Wanie ingin membalas dendam di bilik kuliah, ataupun mengambil berat tentang masalah yang aku hadapi? Fikiranku ligat. Mencari suatu jawapan yang setidak - tidaknya boleh menyelamatkan diri dari perkara yang tidak terduga.


"Tertidur tadi..."


"Ceh, tidoq apa? Sebelum kelas boleh pulak call?..."


Arghhh.... Kesilapan yang ketara. Kesilapan yang bukan aku mahukan. Mencari helah bukan bermakna aku takut untuk bersemuka, cuma bercelaru apa tindakannya di waktu kemudian.


Hari demi hari, waktu berlalu pergi. Meninggalkan aku dengan banyak persoalan. Kemungkinan. Adakah Wanie telah melupakan hal tudungnya di tarik? Atau bertindak dalam diam? Sempat juga aku merisik dengan Mizi kalau - kalau ada berita mengenainya. Mizi merupakan rakan kelasnya, dan aku melihat mereka sering juga belajar dalam kumpulan.




Ingin benar di hati sekali lagi berbual dengan Wanie, mana tahu permulaan ini boleh di panjangkan dalam suatu bentuk perhubungan. Perhubungan yang lebih serius. Ah, mana mungkin semudah itu! getus hati yang selalu saja mematikan niat hati yang kian tumbuh mekar hari demi hari.


"Tak cuba, tak tahu.. " Cadang Nasir. Kali kedua Nasir cuba menguji lagak hero ku.


Benar juga. Jikalau tidak di pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Pengalaman pertama mengenal Wanie dengan lagak yang hampir memalukan mungkin boleh menjadi titik mula dalam perhubungan aneh ini.


"Hello.. hai Wanie.."
Read more »
7 comments

Suara Pertamanya

Sungguh pun misi pertama telah berjaya, namun benak hati masih berasa gusar. Bimbang penerimaan Wanie. Gadis yang hampir di malukan. Adakah berat untuk memaafkan, adakah tidak kisah ataupun sebaliknya.


Malu menghimpit rasa. Sesekali terserempak di dewan kuliah, ekor matanya seakan ingin memberitahu sesuatu. Kurang arif menerka. Lirikan senyum yang manis beserta lesung pipit halus membuai perasaan.


Ah, masakan Wanie suka di permainkan sebegitu. Atau sinisnya senyuman itu menghukum perbuatan lalu. Kawan sejolinya juga membisik - bisik, menjadikan diri seperti di hunus ribuan paku tajam. Aku tidak kuat.


Hendak di biarkan, beban yang ku galas, lantaran episod pertama yang membuatkan aku gelisah. Resah. Detik yang di saksikan puluhan mata, menyimpulkan pelbagai tanda tanya. Rugi juga andai aku melepaskan peluang bersemuka dengannya. Gadis manis yang bisa mengocak hati aku tika dia tersenyum gembira.
hati menggelegak

"Hello... ini Wanie?" bicara aku memulakan kata.


"Yea, siapa?..


Hati menggelegak, berbuih - buih menunggu masa menjadi wap. Degupan jantung melampaui kitaran normal. Aneh. Unik. Hanya mendengar suaranya, diriku seakan di langit sana, menggerbangkan sayap, mencari tempat bermalam.


"Err.. saya minta maaf hal tudung tu.. Tak sengaja, kawan tolak saya masa tu..."


"Ohh.... "


Tiba - tiba, Wanie mematikan perbualan. Selang dua minit, telefon ku berbunyi dan Wanie menghantar pesanan.


"Nanti mesej. Puan Hazami dah masuk kelas.."


Potong stim betul la Puan ni, time ni la dia nak masuk kelas pulak.. Memandangkan aku sedang berbaring di dalam bilik petang itu, maknanya aku tak masuk la kelas Fizik Puan Hazami tu... Apa pun, "nanti mesej"!!!
Read more »
8 comments

Misi Pertama Yang Berjaya

Malam itu, terasa sukar melelapkan mata. Detik demi detik, membuai perasaan di bilik kuliah di waktu petangnya. Pandangan tajam si gadis membuatkan aku tergamam. Seakan suatu panahan ke dalam hati ini.


Perasaan bersalah, berselang seli dengan keterujaan untuk mengenali si gadis. Walaupun aku di kira berani menyahut cabaran, tapi dalam etika kehidupan, aku hampir menjatuhkan maruah seorang yang tidak berdosa.


Kaki terasa berat untuk menghayun langkah. Malu jika bertemu semula, tapi aku perlu meminta maaf. Otak sempit ini mula berputar, mencari suatu kesempatan mungkin, untuk memberi keterangan sebenar, sambil itu dapat juga aku berkenalan dengan si gadis.


Hari bersilih ganti, namun peluang untuk menghampiri si gadis itu masih mencemburui aku. Beberapa jalan telah aku lakar, namun semuanya kabur, di tenggelami perasaan ego, malu dan tidak yakin dengan diri.


Namun, dalam kesamaran harapan itu, seolah kembali terang bila aku mengetahui rakan sebilik Nasir merupakan rakan sekelas si gadis. Ibarat mengantuk, di sorongkan bantal. Lantas, aku mencorak satu jalan, supaya niat aku terlaksana jua.


"Mizi, budak 3 orang yang selalu jalan bersama tu budak kelas kau ya?" bicara pembuka kata.


"Kenapa? Berkenan ke? hihi..." jawab Mizi ringkas.


"Bukan macam tu. Aku ada hal nak bincang dengan salah seorang dari bertiga tu. Kau ada nombor telefon budak yang paling cantik antara bertiga tu?"


"Ada. Alah, kalau kau cakap berkenan pun, apa aku kisah. Nah, tapi dia ni garang sikit"


Hati berasa lega. Sekurang - kurangnya, aku ada sesuatu yang membolehkan aku berkomunikasi dengannya, dan yang pasti, sempat untuk aku meminta maaf atas perlakuan aku tempoh hari.


"Ok, terima kasih. Eh, Mizi. Nama apa ek?"


"Wanie."
Read more »

Labels

About Us

Cereka Pendek mengisahkan cerita rekaan pendek la. Kalau panjang, bukan panggil pendek dah, ekekee... Kena baca entri sebelumnya baru la paham apa rangka isi Cereka Pendek ini... Sekian, hahahh

Something

Blog ini rekaan semata - mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada, ia secara kebetulan sahaja